Monday 12 February 2018

KUTIPAN BAYARAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM (PENGAKAP) 2018


Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

         Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Eksekutif Pengakap Negara bilangan 02/2017 yang telah bersidang pada 16 Disember 2017 dan Surat Bayaran Pendaftaran dan Yuran Keahlian  daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan JPNS.SPPK.KOKO.900-3/1 Jld.8 (7) yang bertarikh 29 Januari 2018 telah memutuskan kenaikan dan kutipan Yuran Pendaftaran Tahunan Keahlian Pengakap Kanak-kanak adalah sebanyak RM7.00 setahun.

         Oleh yang demikian, pihak sekolah telah memutuskan untuk membuat kutipan bayaran tersebut bagi peringkat SK PULAPAH adalah seperti berikut:-

Bil
Perkara
Bayaran
Tahun 3
Tahun 4, 5 & 6
1.
Yuran Keahlian Pengakap
RM 7.00
RM 7.00
2.
Buku Log Pengakap
RM 5.00
-
3.
Lain-lain (Aktiviti dalaman pengakap)
RM 3.00
RM 3.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 15.00
RM 10.00



Klik di bawah untuk muat turun :-

Tuesday 31 October 2017

PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT SK PULAPAH  2017 (Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak)
Perkara di atas adalah dirujuk.  Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan PULAPAH akan mengadakan Perkhemahan Pengakap (Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak) Peringkat Sekolah Kebangsaan PULAPAH Tahun 2017.   

Perkhemahan dan ujian  tersebut  akan diadakan pada ketetapan berikut:
            Tarikh               :           Mulai 3hb November hingga 4hb November,  2017
            Masa               :           2.30 petang (3.11.2017)  hingga 1.30 petang (4.11.2017)
            Tempat            :           Dewan / Tapak Perkhemahan SK PULAPAH
            Penyertaan     :           RM10.00

Keterangan lanjut klik di sini.